Monday, 7 October 2013

Aku Mohon Padamu Ya Allah

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Baru pulang dari melawat maksu di hospital serdang. Siang tadi keadaannya agak kritikal. Pada mulanya diberitahu mama , maksu cuma kena denggi dan masuk hospital sabtu lalu. Kerana saya mempunyai pengalaman denggi rasanya takdelah serius so just berdoa dlm hati she will be ok.. Semalam diberitahu sepupu, maksu masuk icu.. sedapkan lagi hati bahawa mybe masa ari sabtu tu maksu masuk malam so mmg  kena pergi icu.. mlm tadi lepas magrib baru on hp yg seharian habis bateri, berdebar baca msg makteh yg maklumkan nk buat solat hajat malam ni sebab maksu kritikal. Allahuakbar. berderau jantung nie rasa mcm langit hempap ke muka.. maksu adalah insan yg rapat dgn saya.. sejujurnya dia lebih rapat dari mama saya sendiri.dia lah yg selalu memberi nasihat pd ank buahnya yg degil nie. walaupun sering berbalah pendapat sewaktu bekerja sama dahulu, tp maksu tetapkan lembut menegur ku ..hati anak buah ni terlalu keras.. bila maksu yg mohon maaf pada aidilfitri beberapa thn lepas krn dia tahu aku sgt kecil hati padanya.. herm.. sebab tulah aku tak suka keje dgn family, ini lah jadinya hubungan yg baik pun boleh jadi renggang.tp Alhamdulillah maksu sangat humble orgnya. dan aku sangat kagum dgn dia.. maksu di khabarkan mengalami denggi berdarah..bila tanya anak2nya tadi denggi berdarah yg melalui darah bukan tanda2 denggi berdarah di luar yg kita selalu tgk tompok2 tue. plus bila dah kacau darah ada effect ke paru2..yg menganggu paru2nya dan mengakibatkan dia dijangkiti paru2 berair...

Ya Allah, kau sembuhkan lah Siti Zahrah Bt Muhammad. Jika penyakit yg Kau timpakan ini sebagai penghapus dosanya, maka hapuskan dosanya dan sembuhkan dia kembali. Jadikanlah setiap amalan2 baik dan ibadat dia kepada MU sebagai penyembuh penyakitnya itu. Ya Allah, Kau yg Maha Menguasai segalanya, berikan kesihatan walafiat pada dia dan berikan kekuatan utknya melawan penyakit itu.Ya Allah, makbulkan doa ini.. Aammin..

sedih melihat maksu tadi..wayar sana sini. maksu mmg tak pernah masuk hospital kecuali waktu melahirkan anak2nya. dan mgkn hubungan aku yg rapat dgn maksu mcm ank sendiri Allah permudahkan urusan melawat tadi. bayangkan pergi hospital jam 11.00 mlm. mmg taklah boleh masuk..tp sesampai di kaunter bawah mohon kebenaran utk hntr barang pd anak2nya. Sbb ank2nya dah kuanggap sebagai adik2 dan sebak bila mama cakap dorang tak lalu nk makan apa2..itu yg kugagah juga utk dtg malam2 buta hantar makanan.dlm hati takpelah takdpt jumpa maksu janji dpt bg semangat kat nabila, wawa, amir dan naufal.  Bila security bagi masuk , dgn sepantas kilat lah naik ke tingkat 4, sepanjang perjalanan ke wad hati ni dah tak tenteram.. bila nampak je wad yg di tuju, barulah lega tgk muka adik2 ku dan suami maksu.. mereka menceritakan kondisi maksu.sekrang ni maksu dikomakan dgn ubat dalam tempoh 48jam dan diberi tempoh pengawasan rapi doktor. tp dlm lbh kurang jam 10.00 td ada perubahan sikit dan beransur pulih sebab ada respon positif dari maksu. bila dok borak2 tue terdetik hati nak masuk dalam .. alang2 dah naik takkan tak jumpa maksu.. tanyalah pakcik ghaffar boleh ke masuk.. dia kata security tu garang .. takleh bagi masuk.. herm.. takpelah ..bila mereka nk bergerak ke surau sbb kat situ tak dibenarkan tunggu lama, saya pun dok mengendeng2 lah kat mana pintu masuk tempat maksu.. dalam dok terjenguk2 dgn wawa tue.. mak guard yg dikatakan garang tue dgn selambanya cakap " Pergilah masuk, pergi tekan interkom tu cakap nak masuk"..
Aik.. dalam tu sempat tanya lagi " boleh ker?".. dia pun jawab..boleh pergilah kejap je kan. Allhamdulillah.. bagaikan org mengantuk di sorong bantal, laju2lah masuk dalam dgn wawa.. dapatlah pegang dan cium tangan maksu.. bagi kata2 semangat.. mulutnya bergerak2 sikit dan air matanya bergenang. walaupun  di lap air matanya bergenang kembali. alahai sedihnya.. takpe maksu .. kan nor dah ckp..nor dah masuk hospital 3 kali..dah operation 3x.. lagi teruk dari ni.. klo nor kuat maksu lagi kuat..kan maksu selalu bg nasihat kat nor klo nor sakit.. maksu suh nor istigfar, zikir, dan selawat.. skrg maksu pun kena kuat mcm nor. kami sayang kan maksu..

sorry guys, i cant continue it anymore..tolong doakan maksu ye..


No comments:

Post a Comment