Thursday 7 August 2014

Antara agama, budaya dan adat

Salam and good day to you..

7.8.2014

hestic day...
unforgettable day bila tgk org bercium dpn2 dkt public.. bukan sebab berahi ke hapa.. adui..tp sebab aku rasa tetiba bila2 ms je nnt Allah leh lencongkan peluru israel tu kat Malaysia sbb adanya manusia yg tak bertamadun mcm ni. adui lah hai..
mmg actually mcm nk tutup cerita tp citerlah sikit ek utk nota hidup aku di blog nie..
kat kiosk aku tu diletakkan bench utk org duduk2.. selalunya yg akn duduk ctu adalah smoker.. so bila tgh2 terik tu takdelah aku nk dok dlm kiosk yg panas tue. aku pun lepak luar.. dtg dua org couple ni lalu dpn aku.. and duduk satu bench dgn aku.. mula2 dorang hisap rokok..ok. biasalah tukan.
tiba2 aku dgr bunyi-bunyian yg pelik.. erm.. something nie.. aku intai..ahaks. intai sikit lor.. budget kiss pipi rupanya kiss mulut ke mulut.. mak ai..aku kat sebelah ni tunggul kayu ke beb..
ingat sekali dua jelah.. pastu makin lama bunyi lagi..bunyi lagi. adui lah . dok main2 hp ni aku pun dengus kecil je mula2 tue.. tp bila mkin tak henti aku pun buat2 lah ckp dgn hp.. oi.. agak2 lah nk cium kat public ...
suddenly drg stop and the guy.. (look like indian.. but putih..mgkn singh kot..) sound aku.yes..any problem? aku pndg dia ..yes. u shouldn't kiss here. this is public area..
guys : why? any problem? we're not having sex here..
me : dlm hati.. wa ..ini sudah lebey.. ya.. but you shouldnt kiss in public.. embarrassing.. lagi2 if you're muslim.. u not suppose to do that..
guys : im not muslim.. and more i dun see any signage mention that you cannot kissing here. and please tell me which law in Malaysia yg larang bercium di public...
me :  waaahhhhhhhh
guys : dulu i duduk Australia.. and this thing is no big deal pun. u know who  i am?
me  : itu Australia.. ini Malaysia. .we have adab dan tatasusila.. this is not the right thing..lagipun uol dah kawin ke...nasib u bkn islam kan.. if not..haish..
guys. : klo kitaorg dh kawin pun tak salahkan buat mcm tue. kenapa dlm islam klo dh kawin tak boleh?
me : mmglah..rasullullah pun dah bagi tahu ada batasan jugak suami isteri. mana boleh terlalu open mcm nie.. u should know what.(mata aku pandang perempuan sblh dia.. n u r muslim rite?) dia angguk..
few argument berlarutan. n dorang sekali lagi confess bukan muslim.. tp hati aku rasa ppuan tu mmg muslim.. berderau darah bila dia deny dia  bkn org islam.
yg best tue.. after that ppuan tu plak lebih2 dgn aku..
ppuan : kak. u penah tgk cermin tak?
me : knapa ?
ppuan : u penah cermin tak diri u?
me :( wah..giler hinaan nie..) aku jawab.. takpelah dik. if i tak cantik pun i bersyukur je dgn apa yg ada.. knapa..ko rasa ko cantik sangat ke?? (keluar dah laser aku yg dh cuba tahan nie)..
ppuan : mmg lah i cantik..
guys : kesian kak.. u g lah tgk cermin diri u..eh ke u jelous dgn weol kissing .. u jelous ek? u takde boyfren??
me : hello .. i dah kawin lah.
guys : then.. u should go home..
me : i belong here. there is my biz.. i jg kedai tue. (sj aku guna istilah jaga)..
guys : oh.u keje situ. no wonderlah.. herm. setakat kedai ni. kita boleh beli bila2 masa je.
me : then u belilah ..
guys: oh tadi baru weol tgk mcm sedap je mknn kat kedai ni..mcm nk beli .. tapi tak jadilah..
me : its ok.. i pun tak nk jual
ppuan : kak.. popcorn tue mcm sedaplah.. i nk popcorn one set.
me : sorry i tak jual.. ( sbnrnya aku malas nk layan. its my way to avoid perbalahan ni berlanjutan).. dlm masa yg sama droang tak abis2 bercium each other..sabar lah hati kan.

ppuan : eh tak baik tolak rezeki tau.. dlm islam kan dah ajar tak baik tolak rezeki.. u kena buka balik basis ni kak..blaja muqaddam balik ye kak..
 *pergh.. boleh thn ppuan nikan..

me : eh dik.. nowadays.. org tak pakai muqadam tau.. org pakai IQRA.. u mesti dah lama tak mengaji nie...tak tahu latest version ..

ppuan ; yelah i means u blaja balik basis agama.dlm islam ajar  mcma ni ke cara ckp dgn org?

me : ello.. apa yg i ckp dgn u.. dr tadi i rasa belum lagi tinggi kan suara or tengking uols.. dahlah i malas nk layan uol dua nie..

ppuan : kak..i nk chicken satay lah.. kak..bg lah chicken satay tue..

me : sorry i've said  i tak jual to u. takpelah i takde rezeki dr u..bukan tolak cuma i berhak juga pilih rezeki mana yg i nk amik..

and dorang keep talking tu each other sambil sindir2 aku.. bila aku sampuk.. eh korang boleh stop tak aku mls nk gaduh panjang nie.. eh kak..were not talking to you..kami ckp dua..

(and aku perasan ppuan tu ada amik video.. sbb dia halakan fon dia ke aku.. who care.. aku rasa aku tak salah kot.. n ntah kenapa bateri aku boleh plak kosong masa tue.. mmg teringin nk amik gambar dorang..tp takpelah..biar tersemat kat otak je..)

aku diam. n selawat dan istigfar je byk2.. dlm hati ..aku rasa ppuan tu islam..moga Allah bagi hidayah.
dan mohon cpt2lah dorang ni blah..

guys : kak .. nama u sapa ek?
me : silent
guys : kak.. bgtahulah.. i tanya elok2 ni. nama u sapa..
me : eh. yg u sibuk nk tau ni kenapa ek. boleh tolong diam tak.. i dah malas nk ckp dgn uol.
guys ;senyumlah sikit kak.. tak elok masam2..

me : diam batu..

guys tu bangun and validate parking dia. balik ke bench and suddenly ckp.. kak minta maaf ye kosong kosong ok.. dlm hati mmg panas tp diam jelah.. pastu ppuan tu plak bangun..kak ..sy pun minta maaf ye..
aku pandang dia n senyum.. sebenarnya aku nk ckp..minta maaflah dgn tuhan. hopefully korang tak buat lagi bnd mcm nie..

mgkn ada nada2 percakapan aku yg agak harsh.. but itu adalah aku.bila org sentuh agama ku.. and pasal sensitivity beradap .. apatah lagi konon2 budget cantik. yes u r pretty more than me. tp ko espect aku jaga kedai panas2 tu nk bermekap tebal2 ke?? aku blom tahap nk membadutkan diri.no matter whatlah klo ko rasa ko cantik sgt but pls beware ur adab. aku rasa mana2 agama pun kat Malaysia ni aku blom nmpk yg allow utk tahap bercumbu tanpa segan silu di tempat public.. that y aku rs marah sgt..and aku tgh fikir kenapa dlm2 berjuta rakyat Malaysia aku yg tgk bnd tue dpn mata sendiri. aduiiiii

mgkn dorang ni over educated people and uppper level person.tp jgn lah pandang rendah sgt kat org lain.tak semestinya org yg jaga kedai tu bodoh n dumb.. aku pun ada qualified degree gak but its just i choose my way of life utk berniaga cara begitu. as long as halal kan..

aku maafkan mereka..cuma aku masih confuse kenapa aku yg terpilih nie!


my touch..
nour dhiya
8/8/2014
2.13am





Monday 26 May 2014

Bila Allah sudah menjemput

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi krn masa diberikan nafas utk menulis di ruangan ini.
Seperti yang kita sedia maklum, pada 23/5/2014, telah berlaku satu kemalangan tragis dan menyayat hati yg meragut nyawa sepasang suami isteri iaitu En. Mohd Jefri (50) dan isterinya Puan Salawati (40). Kedua2 ini telah meninggalkan 5 org ank yang berusia 16,14,10,4 dan 3 tahun.

Bagaimana terlibatnya saya dalam hal ini.. Dimaklumkan bahawa mangsa adalah jiran kepada rakan bikers kami. Dengan maklumat yg diterima, En Sham Pg telah pergi sendiri ke rumah mangsa pada hari kejadian dan kami telah membuat derma kilat bagi memberi sumbangan kepada mangsa. Alhamdulillah, pada hari yg sama dgn kejadian, sewaktu majlis tahlil.. hasil sumbangan gabungan bikers semalaysia kami berjaya menyumbangkan RM3ribu ++  kpd wakil mangsa yakni Hj Taufik selaku pengerusi surau Taman Desa Cheras (tempat kediaman arwah).Dan kutipan wang kilat kami bertambah hari ke hari selepas kejadian tersebut.

 Pada 25/5/2014, 28 biji motorsikal dan para bikers telah ke Sungkai, Perak untuk menziarahi keluarga mangsa.
saya bentangkan kronologi kejadian dan sedikit latar belakang keluarga mangsa hasil daripada penceritaan Haji Taufik.


** Dari Haji Taufik**
Mangsa merupakan penduduk di kejiranan Taman Desa Cheras. Mengenali beliau, dia adalah AJK surau di kediaman tersebut. Seorang yg mudah tersenyum dan tidak pernah menceritakan kesusahan beliau kepada org lain. Hj Taufik mengenali arwah Jefri atau lebih dikenali sbg Yop sebelum Yop mendirikan rumah tangga. Betapa beliau seorg yg sangat rajin bekerja. Hasil dorongan Hj Taufik juga en. Yop telah berjaya membeli rumah di kawasan tersebut.  Pada hari kejadian, arwah dan isteri seperti biasa bersiap utk ke tempat kerjanya di sebuah kilang di Chan Sow Lin.  Bagaimanapun, mangsa dipercayai tergelincir/terbabas di simpan turun ke Chan Sow Lin melalui Jalan Loke Yew.  Difahamkan keadaan motor mangsa sangatlah uzur.. tayar botak  juga mungkin antara faktor kegelinciran tersebut. Bila tergelincir, lori yg mengikuti dekat di belakang mangsa terus melanggar mangsa. Dipercayai kedua2nya digilis dgn keadaan yg sungguh menyayat hati. Lori tersebut dipercayai terus lari dan meninggalkan kejadian. Mangsa merupakan orang yg susah. Apabila kejadian ini berlaku, hj taufik terus kerumahnya.. Alangkah terkejutnya beliau, kerana tiada apa2 pun didalam rumah.  Hingga kan almari pun hanyalah almari plastik..tidor beralaskan lantai sahaja menurut ank2nya.. SubhanaAllah.. kesiannya kami mendengar. Pernah rupanya satu hari Hj Taufik kata arwah Yop singgah di kedai makannya dan hanya memesan nasi bujang. (Nasi putih, sup kosong dan telur dadar). Kesal dihati nya kerana tidak menyangka arwah begitu daif kehidupannya. Dan oleh itu, Hj Taufik mengambil tanggungjawab utk menguruskan hal ank2 arwah. Bercerita berkaitan anak2.. pada hari kejadian, anak arwah yg kedua yakni Fatin menangis dan meraung tidak mahu pulang ke kampungnya di Perak. Setelah di panggil dan berbicara 4 mata dgn Hj Taufik, Fatin menyatakan kegusarannya dgn nasib yg akan menimpa dia dan adik2..dia tidak mahu pulang ke kampung kerana takut akn dipisahkan dari adik2.. sehinggalah dipujuk dan diyakinkan oleh Hj Taufik..bahawa Hj Taufik akn memikul tanggunjawab menjaga mereka di rumah mereka di Taman Desa Cheras tanpa seorang pun akan dipisahkan.. barulah Fatin bersetuju utk pulang ke kampung bagi urusan pengebumian ayah dan umminya. Untuk menjaga anak2 ini dalam tempoh 5 tahun  (yakni waktu yg dirasakan cukup utk anak sulung dan fatin berdikari), Hj Taufik memerlukan dana bagi menampung perbelanjaan. Benar kata Haji Taufik, anak2 ini tidak boleh diberikan green lite utk memegang duit . mmg akan byk duit yg diterima atas sumbangan insan2 yg baik hati. Tapi jika tidak di uruskan dgn betul, gusar berlakunya penyalahgunaan. Utk itu, satu dana khas akn dibuka dan akaun utk itu akn didaftarkan. Yang mana pemegang amanahnya adalah Hj Taufik, Ngah (Adik ppuan kedua arwah Yop) dan seorang Tan Sri  (pemberi sumbangan terbesar setakat ini). Segala urusan perbelanjaan dan pengeluaran duit adalah dibawah selian dan pemantauan tiga org tersebut.


**My Point of View**
 apabila berpeluang menyertai rombongan ziarah ke Sungkai, saya melihat sendiri kesusahan keluarga nya di kampung. ternyata mmg mereka berasal dari keluarga yg susah. Mendekati Fatin saya melihat dia seorang yg  kuat.  Haikal , anak yang sulung pula saya lihat agak blur dgn kejadian yg berlaku.. tersentuh hati saya ketika mendengar perbualan haikal dan sepupunya.  Bila Hj taufik mengatakan banyak sudah sumbangan yg diterima, menteri2 akan turut melawat dan menyumbang.. dana mencecah ratusan ribu dan mungkin boleh sampai juta ringgit.  Terus sepupu haikal yang disebelah saya ketika itu kata pada haikal.. "KAYA LAH HANG LEPAS NI KAL"..  Haikal diam... sesaat kemudian dia kata.. kaya pun buat apa, ayah dan ummi aku takboleh hidup balik.. sebak.
Alhamdulillah.. sya harap haikal semakin matang. pesan saya padanya.. awak sekarang perlu berubah haikal. apa tabiat yg kurang baik dulu.. buangkan..hati2 memilih kawan.. sekarang ni awak bertanggungjawab kpd 4 org adik .. kena tunjuk contoh yg baik.Haikal tunduk dan mengangguk.

Sepanjang tempoh disana.. saya juga mendengar sendiri..Haikal mempunyai tunggakan yuran peperiksaan PMR tahun lepas. dan keputusan PMR tidak dpt diambil kerana tunggakan tersebut. saya membayangkan betapa strungglenya kehidupan arwah Yop sekeluarga


Melalui jalan2  leisure mall ke loke yew.. saya membayangkan bagaiman mereka dgn motor uzur mereka melalui jalan itu hari2 mencari rezeki sehingga Allah menjemput mereka pergi. Marilah kita menjadi masyarkat yg prihatin, lihat disekeliling kita.. mana tahu ada jiran yg masih tido beralas lantai sejuk ,susah hidup keluarganya atau saudara mara yg masih memerlukan bantuan.

Untuk sebarang sumbangan kepada waris mangsa.. Kalian boleh menghubungi 019-3284130 bercakap sendiri dgn Hj Taufik atau menyumbang dalam dana bikers kami melalui En. Sham Pg 016-2618230.
Maaf terpaksa bagi no fon ..kerana saya tak tahu apa no akaun yg sepatutunya utk tuan-puan bagi sumbangan.. InshaAllah.. khamis ini 29/5/2014 akan diadakan majlis tahlil di Masjid Alam Damai Cheras.. pada yg berkelapangan dan ingin menyumbang direct boleh menghadirkan diri pada majlis tersebut.

wasalam.

Nour Dhiya








Sunday 6 April 2014

Antara yg baru dan yang lama

Assalamualaikum & hello hello semua..

lama tak menceceh di sini.. pejam pelik dah april dah ye..
Alhamdulillah..masih dikurniakan rezeki dan nikmat yg tak terhingga sehingga hari ini..
what happen on march?? fuh..byk sungguh..
suka dan dukanya.. tak tertanggung..hampir2 tersungkur dah sebenarnya..huhuhu

april dimulakan dgn staff baru..  bit shock bila staff lama tetiba kata nk berhenti..
mula2 try nego jugak.tp saya redha.. bg saya senang je.. Allah nk tunjukkan sesuatu.. atau lebih tepat Allah dah bagi sign tue..

lets talk about mac//
mcm yg diberitahu dlm post lepas.. mac sy mmg dgn aktiviti berjalan je. cameron higland, hatyai.. janda baik.. alhamdulillah.. rezeki.. tp disebalik tu juga ada dugaan nya.. agak perit juga krn sales bulan mac ni paling teruk dlm sejarah pembukaan kedai saya.. fuh...peritnya.. taktahu mn salahnya.. mungkin juga ada slhnya pd pengurusan kami yg sibuk bercuti ni..huhuhu... belum waktunya utk rely on staff 100%.. hikmahnya disitu mungkin.. walaupun cuba pahatkan kepercayaan pada staff..namun hati masih gundah bila mana sales hujung minggu waktu ketiadaan saya disitu sgt2 sedikit .. ai..takkan nk kena ada plak kan... pening.. minggu ketiga staff kata nk berhenti plak.. adui.. tapi saya serahkan pada Allah.. kerana setiap doa saya usai solat . "yaAllah, kau dekatlah aku pada kebaikan,,pada mereka yg baik.. jauhkan aku dari kejahatan,,drpd mereka yg mendorong kepada kejahatan atau berbuat jahat kepada ku"..

Allah tunjukkan sign.. seminggu sebelum dia berhenti.. terdetik nk check stok..bermula bila saya buat spot check stok dan tetiba tak sama dgn apa yg printed di cash register..sangsi bermula..tanya staff dia salahkan mesin..oklah.. kita tgk previous day record..sama jugak..herm..diamlah..sabar lagi..tetiba finalweek of Mac..wkt saya g janda baik..tetiba on the way back dpt text 'tepung habis" ..what? the thing yg saya tak dpt terima.. and that happen on sunday..my peak day sales.. padahal hari sebelum tu masa kol beli stok kata semua cukup.. herm..at 7pm on peak day ..tepung habis..memang dugaan.. apa lagi..jadi bionic woman sekejap.. jadi chef terjun sebentar.. time tu godek2 lah tepung yg ada di pasaran.. alhamdulillah hampir sama. dan hari dia buat perangai tue jugak ada org nk dtg interview..alhamdulillah..Allah tolong lagi..

dan Alhamdulillah....minggu ni saya beli stok yg sama dgn minggu lps..minggu lps stok tak habis..msh boleh tahan sampai selasa.. punyalah slow..minggu nie ..ahad dah licin.. syukur tak terhingga.. dan tgk gayanya staff baru ni pandai buat marketing..org beli satu dia pancing beli 3.hihih..good job... patutlah habis cepat..hihihi..hopefully dikekalkan lah attitude yg baik ni ye my dear crew..

mac really not in my good month. saya moody sepanjang bulan..ramai yg kena bambu dgn saya.. termasuk lah yg rapat dgn saya.. sorry sesangat kawan.. tulah korang..buat hal ..janji dgn aku tak nk tepati.. selama ni aku bagi muka korang buat relax..kan dah kena mood aku tak baik lak bulan ni..
atau setepatnya there is something WORST news i've received in the middle of the month.. tp takleh nk share.. mmg perit..im totally down about it.. tp tulah .. Allah sayangkan saya..dia biarkan saya tenggelam  sekejap je.. dia biarkan saya down sedikit.. kemudian dia bangkitkan saya.. kadang2 rasa mcm nk juga depress mcm org lain. yg murung berkurung dlm bilik tak kuar2..herm..tapi takbolehlah...Allah jdkan saya org yg kuat.. dari dulu.. and today im fully grateful for that.. bila kembali bertahajud..satu2 kekuatan tue datang semula..takpelah semuanya milik Allah.dia yg bagi dan dia juga berhak utk tidak bagi.. betulkan..

inshaAllah.. Allah lebih tahu apa yg terbaik utk setiap insan yg diciptakanNya.
kita hanya perlu design dan berusaha.. mintak je dgn Dia.. mgkn sy tak cukup baik utk menerima apa yg saya minta.. so kena push lebih byk utk baik dan dapat apa yg kita nk..

okey guys..thanks for read.. till we meet utk coretan akan datang..
take care..









 mytouch,
nour dhiya






Wednesday 26 February 2014

Mencabar Diri

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

hi.. how are you? eceh.. skema plak ayat  kali ni.. hihi... sy doakan anda semua sihat2 dan sentiasa bersemangat dalam menjalankan urusan seharian dan ibadah kpd Allah..

What a awesome week for me .. minggu ni saya nk cerita tentang mencabar diri sendiri.. selalunya saya akan lebih suka bila tercabar or dicabar..lah ni nk try cabar diri sendiri..

sebenarnya kelemahan saya atau bahasa menthor saya  - FEAR saya adalah dari aspek MARKETING..
itulah aritu dok pulun tuntut elmu dgn menthor.. adalah beberapa idea yg hebat.. tp yg bestnya macamana nk buat marketing one to one direct to customer..pergh.. challenging beb..

bayangkanlah.. bila org yg biasa dok opis mengadap pc buat akaun..tau2 kira duit yg dah siap masuk je.. takyah pening2 mcmana nk bagi duit masuk.. now saya mencabar diri utk buat marketing.. yelah .. klo ikutkan semua field dlm bisnes ni dah cuba kecuali marketing.. dulu masa bantu biz family pun dah merasa pegang tampuk kepimpinan, hr , admin , operation and so all... yup bila ada kedai tak susah pun nk pujuk org beli produk kita.. kita just guna marketing tools je utk tarik pelanggan.. tp mcmana klo kita sendiri kena pegi dan jual produk kita?? serius .. muka ni tersangatlah tebal giler.. sbbnya saya ni tak suka bila org push,persuade or paksa utk beli barang..so bila kita sendiri tak suka mmg payahlah nk buat org yang sama kat org kan.. dlm otak mesti org pun tak suka..betul ke betul?

hahaha.. so sy pun mula lah episode saya menjadi seorg marketeer.. yg bestnye beside off having kiosk saya jd crew and ejen utk kek .. yup kek anis moist cake and shugarholic cheezy marie layer.. selama nie cheese kek tu letak je kat kedai...and dah terlanjur shurgaholic provide banner mudahlah kan.. kemudian saya beranikan diri utk try anis kek..sbnrnya sy pnh jd ejen dia tahun lps tp sbb taktahu cara dan kebetuln ms tue tak jumpa sesapa pun utk tunjuk ajar..  so mkan sendiri jelah.huhuhu. then kali ni sya jumpa abg yon & kak na.. dealer anis utk bhgn ampang.. sy tny kat dorang mcmana nk offer org utk letak kek kat kedai2 or stesen minyak..siap tanya ayat apa yg dorang sebut.. hah..giler tak pandai.. first stok sy amik kat abg yon balik tu saya trs drop kat sebuah stesen minyak di langat..ms nk trn tu dah bc bismillah puluh kali.. jumpa person in charge. dgn muka tu dah terasa bahang sangat..malunye.. bila slumber kan dri.. yes..finally dpt juga ckp sy ke akhirnya.. Alhamdulillah.. pecah dah tembok FEAR tue..

mgkn org rasa sy ni agak friendly ..kawan2 pun byk yg kata sya ni senang cakap dgn org..so klo nk jd agen insurance ke jual produk ke takde masalah..itu kawan yg kata! tapi tidak lah bagi saya kan.. huhuhu
then abg yon ada kata dlm sharing kami kat putrajaya aritu .. klo ada kekawan bagilah kek suh letak kat office.. mn tau leh jadi.. alhamdulillah saya dah buat jugak utk cheese kek minggu lps.. letak 10 bks dulu kat member.. skali minggu ni member request lagi. bila tny  nk brape this week? bagilah 30 .. oo..ok.. (dlm hati mcm tak caya).. pastu amiklah stok kat shurgaholic 60 bks..  30 bks pass kat member as per request.. pastu singgahlah lagi kat beberapa member yg nearby kasi cuba kek .. huhuhu.. tak smp sejam member yg sy letak tu text saya..kek dah tinggal 5 je nour.. what???? fuh..terkejutnya.. giler hebat kawan saya ni.. alhamdulillah dijumpakan dgn org2 hebat..

otw balik tu kol member lama saya .. kebetulan dia di area keramat.. so sy pun ajaklah dia temankan sy lunch.. skali dia ajk lunch kat kantin kawan lama kami di sapura.. mmg dah lama tau kak aloya ni handle kantin disitu tp tak berkesempatan nk jejak.. so bila borak2..sj test market..kak loya..saya letak kek boleh.. heeehehe..alhamdulillah dpt green light lagi..yahoo... dan kwn sy yg jd peneman saya tu sbnrnya adalah otai marketing.. dia keje dgn sebuah sykt air berkarbonat..bygkan sebulan sales yg dia dpt buat adalah100k..pergh.. dan bygkan byknya network dia kan.. best.. and yg penting dia pun offer utk collaborate saya.. boleh belajar dgn dia.. alhamdulillah best giler...ok fear saya utk marketing semakin retak dan harap2 minggu dpn berjaya dipecahkan dan berderai satu persatu...

kenapa jual kek? bisnes kiosk pe citer?hahaha.. rilekslah.. sy jual kek ni disamping memecahkan fear sebenarnya duit poket saya.. saya tak nak campur adukkan bisnes kiosk dgn duit poket.. behonest.. so far saya hanya amik gaji dr kiosk tersebut utk settlekan kereta dan utk liabiliti bulanan sahaja.. yg lain masih dibiarkan bergenang utk rolling lagi.. buying power is gettng low tambah2 lagi lepas perayaan.. inilah yg disharing oleh few biz people yg sealiran dgn saya..so takboleh nk meriah sangat lah ye.

march is coming.. imkk on march.. and schedule weekend saya utk march dan hampir penuh. alhamdulillah rezeki berjalan lagi. apa lagi nk buat..hahaha. dah  org nk sponsor bejalan ikut jelah kan.. sponsor ok..klo harap poket sendiri mmg duk umh jelah.hihih. rezeki namanya kan..jgn ditolak kata org..

ok..got to go.. esok nk restock kek dan aym lagi.. tp tergatal plak tangan ni nk menulis mlm nie..ari selasa aritu restock kek 60cup kan.. dah sold out kat kawan 30.. here and there jumpa singgah tu ... kira2 mlm tadi hantar kat kiosk sendiri cuma 19 je.. pastu mlm tadi tutup kedai tinggal 15..esok  kawan nk amik lagi 10.. so tinggal 5 je utk kedai.. smp weekend?? mmg tak lah cukupnye..huhuhu... huru hara dah..


have a nice day ahead guys.. xoxo


p/s: konsert teaterikal suara kita mcm best je..harap2 ada rezeki terpijak utk g tengok..;)


mytouch,
nour dhiya.
27/2/2014 -2.52am





Monday 10 February 2014

My First Touch - Dulu dan Kini ;)

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

hidup dah menjadi burung antu lah dua tiga arini. malam takmo tido siang membuta.. hihi.. nasib baik lah abcdefgh...hahahhaah..tp tak membuta sangatlah.. setakat 4-5 jam je..mcm2 nk uruskan.. takde plak bank nk buka malam.. if not kan senang..hihihi.

Alhamdulillah.happy giler bila percubaan pertama saya utk bridal makeup berjaya dgn hasil yg memuaskan .. sebab sblm ni mcm takut nk start eventhough dah masuk kelas blaja.. bygkan blajanya bulan 10 ..mmg lembab giler kan.tulah bz dgn ayam je.ahaks:p.. plus brg pun takde.. semua modal dah dok sumbat kat ayam. so kna lah beli sikit2.. alhamdulillah sharing2 dgn kakak sayang ku.. nety..

knapa makeup? sbb saya rasa this is my passion.. nk kata dari kecik2 menyental makeup mama ..tak jugak. sbb mama tu simple person.. takde brg makeup.. because saya suka tgk org cantik.. bg saya takde org yg buruk sbb semua org cantik..so bila dah ditouch up dgn makeup lagi lah cantik. teringat satu artikel dari Cindy Crawford.. jika dah diletakkan dgn bedak dan semua alat solekan sesiapun akan jadi cantik... so i choose to help people to look beauty.. ;) best kan..

dulu masa jadi penari di ukm adalah tengok makeup2 kawan yg terror..terutama golongan "adik2" kan. dorang mmg terror tau. klo buat hidung tu pergh..mcm terpacak..hehehe..
sbnrnya cubaan pertama makeup adalah pada sedara saya Noor Aishah. masa tu g perak utk majlis pernikahan dia..bila tanya sapa yg makeup nikah? dia kata takde. masa tu tahun 2005.. so saya pun masa tu terus g cari brg2 makeup kat area perak tue.. belilah produk mustika ratu je masa tu plus few my makeup stuff.. menconteng gunakan pengalaman dari makeup sendiri waktu menari dlu dan tgk kawan2.. pergh..nebes tak hingat masa tue.. and..tara this is the result..
simplekan...yg apply pun teknik hidung je..teknik mata..shading ke sume belum blaja lagi masa ni..ahaks..;) lagipun ecah pun takmo tebal2 kan.. (selamat! ;p) now ecah pun dah selamat dgn 2 org puteranya.. moga berkekalan ke jannah ye ecah & mat.. ;)

and setelah belajar dgn betul dari my sifu makeup artist erin omar.. barulah try conteng muka kawan baik sendiri..hihi.nasib baik kawan baik...sapalah yg sanggup tadah kena conteng muka dgn org baru blaja kan..hihihi.. buatnya tak jadi naya wei..hihi

Alhamdulillah..berseri2 kakakku ini..seri pengantin tu dah ada..moga mkin hampirlah waktunya ye..;)
inshaAllah..didokan bertemu jodoh dgn insan yg beriman, jujur  dan bertanggungjawab yg bukan utk kepentingan nafsu dan dunia semata2..  susah nak cari lelaki yg mcm tue skrg nie..upsssss ;p

Doakan saya success utk melebarkan sayap dalam passion saya ini... ;) mana tau sok2 dapat makeupkan dato ct ke..(alpha! alpha!) ..paling kuat pun nelydia senrose lah.pastu tukar sy yg naik berlakon..hihih.. perasaan terganggu dah nour ni..hihihi.

apapun , moral of the story.. pentingnya kita menuntut elmu.. jgn jadi ego.. byk lagi bnd yang kita tak tahu dari tau..betul ke betul?? 

tq baca sampai abis..cayang korang..muah..xoxo..

my touch,
nour dhiya






Wednesday 5 February 2014

Lamanya tak conteng!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

wow.. last post saya november 2013.. lama tu..dah 3 bulan ghupenya.. dan secara jujurnya password pun dah terlupa..hihih..

maaf ye.. kesibukkan yang amat sangat.. dec 2013 sy join jd crew imkk di stadium malawati.. amazing crowd..5000 org punya aura..sampai demam2 dibuatnya..
januari aritu jd student plak untuk AMP (Advance marketing Power) di mines.. Alhamdulillah.. complete sudah kesemua program advance Dr. Azizan Osman.. ada yg tanya ok ke? alhamdulillah. byk sgt ilmunya. bukan je dpt ilmu berniaga, ilmu pemasaran tp ilmu rohani dan islamiah lagi berganda2.. networking pun makin ramai..bertambah2 kawan positif saya.. dan saling support each other SETIAP HARI.. amazing team.trimas VVIP crew team.. the best never rest!

dan pada yg nak join .. sila lah tgk aktiviti terkini di alumni/bakal alumni dr azizan osman. next program imkk on march. sebelum tu akn diadakan seminar percuma..so jenguk2lah tarikhnya di page fb tersebut..

BANGKIT.. Berniaga Akan Naik Guna Kuasa Ilmu Tindakan..
byk sebenarnya rahsia disebalik bangkit itu sendiri.. setelah tersembam tahun lepas bangkitnya saya selepas itu adalah hadiah terindah dari Allah SWT. bangkit meninggalkan neraka utk mengejar syurga.. bangkit setelah alpa utk bahagia.. namun org sering salah sangka..bagi mereka bila melihat kita bahagia, kita sudah berjaya.. kita sudah bergembira.tp tak ramai yang nk tny apakah penyebab bangkit utk bahagia itu.. yup. ive been down before.. saya pernah menangis dan diperlekehkan krn tangisan itu. i wont forget that moment! never!!!ketika sy diperlekeh itu saya rasa maruah saya dibwh tapak kaki org tue..betapa teruknya saya rasa.. hingga saya buat keputusan utk stop and forget.. tak mudah.. bkn nk ckp sy baik..tp 100% sy serah diri pd Allah. saya tahajud dan nangis setiap mlm.. masa tu Allah tak bagi lagi. saya redha.but now saya rasa hadiah tu dari Allah.. kadang2 bila kita minta tu mmg Allah tak bagi kita on the spot..tp hikmahnye dan Allah bagi kemudian pada saat yg kita rasa kita impikan..
saya belum berjaya.. masih meniti tangga...tp saya mahu semua org faham bahawa perniagaan ini tak mudah. walaupun anda mungkin nampak apa yg saya capai. tapi tak semua kesulitan tu harus diperkatakan. for me.. setiap perniagaan yg baru dibina.. perlu mencapai paling cepat ialah setahun utk merasa kestabilan berniaga.. itu paling cepat.. so dlm masa dibawah setahun tu belum lagi ..byk lagi cobaan dan dugaannya..hanya org meniaga je yg dpt merasa.. saya suka dgn doa2 anda tu.. "oh tokey ni!"..oh!ala dah jd tokey dah kaya!..alhamdulillah moga doa anda utk saya dimakbulkan Allah SWT.
tp ingatlah cabaran meniaga ni. jika kita kerja biasa kita dpt gaji tiap bulan...byr kete, byr bil, byr all hutang.. tp bila meniaga ni part kena rolling tu yg mencabar.. 50% kena hold utk rolling, nk byr sewa, nk bayar staff, nk kena beli barang kecik2 yg menjana perniagaan tu..huh.. nampak senang wo.. cuba yg lebih nya ketika berniaga ni anda akan dpt nikmat masa. yup.. u own ur own time.. sangat bebas..tu jelah yg saya ada buat masa ni.hihihi.. nk suh blanja masa boleh. bila nk date? ahaks. ;p

tulah bila dah byk masa g hatyai pun mcm balik kg je rasanya. wa dah expert woo.. dah g sendiri naik van je dr danok ke hatyai.takyah nak tunggu2 rombongan. jln je pun naik tut2 je..kakak angkat pun dah ada.. bwk jejalan dan makan tempat sedap2... pegi pg isnin , selasa ptg dah baik malaysia balik..hahah. mmg mcm balik kg.. alah.tak yah citerlah byk duit. bukan mahal sgt pun g sendiri..mahal lagi g langkawi or sewa hotel dok cameron.tak caya? pm saya utk tahu ..hihihi.. (boleh buka agent pelancongan plak lepas nie..hihi)
pic ni kat ict hatyai.. ict malaysia tak penah jejak pun lagi ... ict hatyai free je.. tp ada tempoh nyelah  kata kakak angkat ku.. ok kawan2 ..ngantuk sudah.. jumpa di lain catatan..have a good day..


my touch,
nour dhiya

Saturday 16 November 2013

bersawang sudah blogku ini

Assalamualaikum..

Pergghh...bersawang mawang blog ku  ini..dah berapa minggu tak menulis.. sorrylah uols.. bz gilerss... pagi2 dah kena tercongok kat kedai..so malam2 pun kekadang buat closing.. mmg lah takde masa nk menulis..
so tak terlewat lagi mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1435..moga tahun hijrah ini membawa keberkatan dan mendorong kita untuk melengkapkan ibadah kepada Allah SWT..

1434h.. kronologinya..bermula dgn baik.. dipertengahannya aku tersasar..  dan kemudian Alhamdulillah diberi kasih sayang olehNya utk kembali ke jalan yang diredhai.. tak sapa tahu im lot of stress in the middle of the 1434h .. sampai ke tahap berhenti kerja 24hours.. wow.. rahsia ku terbongkar..hahahaha.. mmg gamble sungguh keputusan tue. byk bnd yg kulepaskan bukan setakat kerja.. teeettttt.. almost 3 bulan tanpa arah dan tujuan. hinggalah aku mendapat kekuatan lps hadir kursus IMKK Dr Azizan Osman. eh..eh. ni bkn nak promote.. tp kenyataannya itulah. klo org kata apa yg bestnya gi kursus dia tu.. x dpt dibygkan ..tp dari situlah aku bangkit.dan alhamdulilah diberi rezeki oleh Allah utk memulakan perniagaan..Segala puji bg Allah utk segala kekuatan dan nikmat yang diberikan..

cuti sekolah pun dah nak bermula.. ramai kawan2 post pic anak2 habis sekolah.. dapat pingat, sijil dan mcm2 anugerah dari sekolah. seronok rasanya.. talking about anak2.. im so proud and inspire by arwah maksu.. bkn nk puji sbb dia dah takde.but truly mmg terbaik cara dia mendidik anak2.. and dia sangat merancang kehidupannya.. Alhamdulillah.. 2 hari lepas ank ketiga maksu , amir nafhan dan berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar dalam bidang syariah.. ini adalah impian maksu..selepas ank sulungnya berjaya ke universiti yang sama kini amir mengikut jejak abangnya. bezanya kali ini, amir pergi dgn kelesuan hati.. aku faham perasaannya. i know him since 1st day of his life.. pergi selepas kehilangan insan tersayang yg taksampai 30 hari..mmg menyedihkan..but i believe semangat maksu ada bersama dia. sempat ku bisikkan pada amir. "amir, u should be glad, amir berlepas ni malam jumaat, which means mama is here .. sama2 hantar amir.. " .. spechless dgn aturan Allah. sepatutnya amir ke sana pada 15ramadhan lalu.tp Allah lbh Maha Mengetahui.. maksu berjaya mendidik anak2nya.. yg mana 2 ank perempuannya pun sungguh menjaga aurat.. insha Allah tahun baru nie saya pun berazam utk lbh menjaga aurat.. doa2kan yer.. ;) insha Allah klo diberi rezeki zuriat nnt, aku pun nk mendidik ke arah islamik mcmana maksu terapkan dulu.. dulu.. aku agak skeptical dgn maksu.. macam bengang jugaklah bila sekolah biasa ni dipandang enteng.. but i know the different..between atar ank ke sekolah agama private plus mendidik juga dirumah.. dgn atar ank sekolah agama private tapi tak jaga anak.. which yg no.2 tu sama je dgn atar sekolah biasa.. dulu bagi aku takde beza pun...huhuhu..sebab ego kot.. tp now i see the different. sample nya hanya diri aku .. tersasar jugak kadang2 .tersasar itu jugaklah adalah kelemahan krn kurangnya pendidikan islamik didlm diri.. pentingnya melahirkan ank2 yg islamik utk bekalan di akhirat kelak.. which salah satu bekalan kita adalah doa ank yg soleh.. sesoleh mana kita boleh gerenti anak kita jika kita tidak mendidik mereka utk menjadi benar2 soleh?dan bolehkah kita mendidik anak soleh jika kita masih belum berupaya mendidik diri menjadi soleh? pegh..berbelit tapi  betulkan ?? that the question inside my mind few weeks ni..dulu pertikaikan jugak bila maksu hanya nak org yg bertudung je kerja dgn dia.. erm..now i know.. rasa berdosa nya klo amik org tak bertudung keje dgn kita.. lg berdosa jugak klo org tue keje dgn kita tapi dia tak jaga solat... takutnya..byk bnd kena jawab kat akhirat nnt..now, minda,  jiwa dan mata aku byk dah terbuka. moga terus istiqamah..

time flies.. tinggal beberapa hari je lagi untuk menambah usia.. hahaha. means tinggal beberapa hari jelah lagi utk aku struggle buat proposal pinjaman utk sebuah institusi yang mana had umurnya ialah 30tahun.. dem.... lambat tahu.. nasib  baik my good fren dahlia kasi pinjam proposal dia utk ditiru..hahahhaa.. itu lah rezeki namanya..choy! insha Allah tahun baru ini membawa dimensi baru utk kita semua. jodoh pertemuan ajal dan maut ditangan Allah.. bersyukur dgn nikmat dan berusaha dgn cermat.. ;)



sign off for tonite..take care.

My Touch..
Nour Dhiya