Monday, 26 May 2014

Bila Allah sudah menjemput

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi krn masa diberikan nafas utk menulis di ruangan ini.
Seperti yang kita sedia maklum, pada 23/5/2014, telah berlaku satu kemalangan tragis dan menyayat hati yg meragut nyawa sepasang suami isteri iaitu En. Mohd Jefri (50) dan isterinya Puan Salawati (40). Kedua2 ini telah meninggalkan 5 org ank yang berusia 16,14,10,4 dan 3 tahun.

Bagaimana terlibatnya saya dalam hal ini.. Dimaklumkan bahawa mangsa adalah jiran kepada rakan bikers kami. Dengan maklumat yg diterima, En Sham Pg telah pergi sendiri ke rumah mangsa pada hari kejadian dan kami telah membuat derma kilat bagi memberi sumbangan kepada mangsa. Alhamdulillah, pada hari yg sama dgn kejadian, sewaktu majlis tahlil.. hasil sumbangan gabungan bikers semalaysia kami berjaya menyumbangkan RM3ribu ++  kpd wakil mangsa yakni Hj Taufik selaku pengerusi surau Taman Desa Cheras (tempat kediaman arwah).Dan kutipan wang kilat kami bertambah hari ke hari selepas kejadian tersebut.

 Pada 25/5/2014, 28 biji motorsikal dan para bikers telah ke Sungkai, Perak untuk menziarahi keluarga mangsa.
saya bentangkan kronologi kejadian dan sedikit latar belakang keluarga mangsa hasil daripada penceritaan Haji Taufik.


** Dari Haji Taufik**
Mangsa merupakan penduduk di kejiranan Taman Desa Cheras. Mengenali beliau, dia adalah AJK surau di kediaman tersebut. Seorang yg mudah tersenyum dan tidak pernah menceritakan kesusahan beliau kepada org lain. Hj Taufik mengenali arwah Jefri atau lebih dikenali sbg Yop sebelum Yop mendirikan rumah tangga. Betapa beliau seorg yg sangat rajin bekerja. Hasil dorongan Hj Taufik juga en. Yop telah berjaya membeli rumah di kawasan tersebut.  Pada hari kejadian, arwah dan isteri seperti biasa bersiap utk ke tempat kerjanya di sebuah kilang di Chan Sow Lin.  Bagaimanapun, mangsa dipercayai tergelincir/terbabas di simpan turun ke Chan Sow Lin melalui Jalan Loke Yew.  Difahamkan keadaan motor mangsa sangatlah uzur.. tayar botak  juga mungkin antara faktor kegelinciran tersebut. Bila tergelincir, lori yg mengikuti dekat di belakang mangsa terus melanggar mangsa. Dipercayai kedua2nya digilis dgn keadaan yg sungguh menyayat hati. Lori tersebut dipercayai terus lari dan meninggalkan kejadian. Mangsa merupakan orang yg susah. Apabila kejadian ini berlaku, hj taufik terus kerumahnya.. Alangkah terkejutnya beliau, kerana tiada apa2 pun didalam rumah.  Hingga kan almari pun hanyalah almari plastik..tidor beralaskan lantai sahaja menurut ank2nya.. SubhanaAllah.. kesiannya kami mendengar. Pernah rupanya satu hari Hj Taufik kata arwah Yop singgah di kedai makannya dan hanya memesan nasi bujang. (Nasi putih, sup kosong dan telur dadar). Kesal dihati nya kerana tidak menyangka arwah begitu daif kehidupannya. Dan oleh itu, Hj Taufik mengambil tanggungjawab utk menguruskan hal ank2 arwah. Bercerita berkaitan anak2.. pada hari kejadian, anak arwah yg kedua yakni Fatin menangis dan meraung tidak mahu pulang ke kampungnya di Perak. Setelah di panggil dan berbicara 4 mata dgn Hj Taufik, Fatin menyatakan kegusarannya dgn nasib yg akan menimpa dia dan adik2..dia tidak mahu pulang ke kampung kerana takut akn dipisahkan dari adik2.. sehinggalah dipujuk dan diyakinkan oleh Hj Taufik..bahawa Hj Taufik akn memikul tanggunjawab menjaga mereka di rumah mereka di Taman Desa Cheras tanpa seorang pun akan dipisahkan.. barulah Fatin bersetuju utk pulang ke kampung bagi urusan pengebumian ayah dan umminya. Untuk menjaga anak2 ini dalam tempoh 5 tahun  (yakni waktu yg dirasakan cukup utk anak sulung dan fatin berdikari), Hj Taufik memerlukan dana bagi menampung perbelanjaan. Benar kata Haji Taufik, anak2 ini tidak boleh diberikan green lite utk memegang duit . mmg akan byk duit yg diterima atas sumbangan insan2 yg baik hati. Tapi jika tidak di uruskan dgn betul, gusar berlakunya penyalahgunaan. Utk itu, satu dana khas akn dibuka dan akaun utk itu akn didaftarkan. Yang mana pemegang amanahnya adalah Hj Taufik, Ngah (Adik ppuan kedua arwah Yop) dan seorang Tan Sri  (pemberi sumbangan terbesar setakat ini). Segala urusan perbelanjaan dan pengeluaran duit adalah dibawah selian dan pemantauan tiga org tersebut.


**My Point of View**
 apabila berpeluang menyertai rombongan ziarah ke Sungkai, saya melihat sendiri kesusahan keluarga nya di kampung. ternyata mmg mereka berasal dari keluarga yg susah. Mendekati Fatin saya melihat dia seorang yg  kuat.  Haikal , anak yang sulung pula saya lihat agak blur dgn kejadian yg berlaku.. tersentuh hati saya ketika mendengar perbualan haikal dan sepupunya.  Bila Hj taufik mengatakan banyak sudah sumbangan yg diterima, menteri2 akan turut melawat dan menyumbang.. dana mencecah ratusan ribu dan mungkin boleh sampai juta ringgit.  Terus sepupu haikal yang disebelah saya ketika itu kata pada haikal.. "KAYA LAH HANG LEPAS NI KAL"..  Haikal diam... sesaat kemudian dia kata.. kaya pun buat apa, ayah dan ummi aku takboleh hidup balik.. sebak.
Alhamdulillah.. sya harap haikal semakin matang. pesan saya padanya.. awak sekarang perlu berubah haikal. apa tabiat yg kurang baik dulu.. buangkan..hati2 memilih kawan.. sekarang ni awak bertanggungjawab kpd 4 org adik .. kena tunjuk contoh yg baik.Haikal tunduk dan mengangguk.

Sepanjang tempoh disana.. saya juga mendengar sendiri..Haikal mempunyai tunggakan yuran peperiksaan PMR tahun lepas. dan keputusan PMR tidak dpt diambil kerana tunggakan tersebut. saya membayangkan betapa strungglenya kehidupan arwah Yop sekeluarga


Melalui jalan2  leisure mall ke loke yew.. saya membayangkan bagaiman mereka dgn motor uzur mereka melalui jalan itu hari2 mencari rezeki sehingga Allah menjemput mereka pergi. Marilah kita menjadi masyarkat yg prihatin, lihat disekeliling kita.. mana tahu ada jiran yg masih tido beralas lantai sejuk ,susah hidup keluarganya atau saudara mara yg masih memerlukan bantuan.

Untuk sebarang sumbangan kepada waris mangsa.. Kalian boleh menghubungi 019-3284130 bercakap sendiri dgn Hj Taufik atau menyumbang dalam dana bikers kami melalui En. Sham Pg 016-2618230.
Maaf terpaksa bagi no fon ..kerana saya tak tahu apa no akaun yg sepatutunya utk tuan-puan bagi sumbangan.. InshaAllah.. khamis ini 29/5/2014 akan diadakan majlis tahlil di Masjid Alam Damai Cheras.. pada yg berkelapangan dan ingin menyumbang direct boleh menghadirkan diri pada majlis tersebut.

wasalam.

Nour Dhiya








1 comment:

  1. Best la you sharing. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete